Slider

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, 19 October 2014

Resepi - Shepherd Pie

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua

Diakui janji pada diri ingin update blog setiap hari...akn tetapi bersawang jua. Walapun belum ada pembaca tetap, in shaa allah 1 ari nanti blog Aja nie tetap akan menjadi pujaan hati orang ramai...In shaa Allah, Aamin..

Petang tadi, Aja ada main masak-masak. Aja masak 'Shepherd Pie'. Agak dah lama tak buat shepherd pie, dalam kul 12 anna dah selesaikan masak tengah hari, Ayam Sambal, Kailan goreng ikan masin & sup ayam. Dah selesai buat semua kerja rumah, selesai solat zuhur, anna mulakan misi shepherd pie...yummie.....

Resepi Aja google kat tenet, tengok blog A, resepi nyer camni, bila tengok blog B, resepi dia plak camtu. Tapi bahan utama sama jerk. So Aja main campak-campak jerk. Ikut nawaitu diri sendiri

BAHAN-BAHAN

*Untuk 9 org mkn

A)
Kentang - 9 biji (Aja nyer kentang besar)
Susu Dutch Lady (full cream) - 1 cawan
Buttercup - 4 sudu besar
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Bahan RAHSIA

B)
Daging cincang - 4 keping (Ramly)
6 Bawang merah - Dipotong dadu
4 Bawang putih - Dipotong dadu
Oregano
Daun parsley
Cili Boh - Ikut tahap kepedasan masing
1 Carrot - Dipotong dadu
1 tin cendawan butang - Dipotong dadu (ayam brand)
1/2 botol tomato puree - Brand Prego (Aja amek perisa mushroom)
Minyak masak
Sediki garam
Sedikit gula
Sedikit Lada sulah/lada hitam
1 keping cheesedale (anchor)

Bahan Penyebabkan lagi - Cheese parut

LANGKAH-LANGKAH

Bahan A

1. Rebus kentang-kentang dahulu


Sebelum direbus

2. Bila kentang dah empuk/lembut, toskan ke dalam bekas. 
3. Masukkan garam, buttercup, susu & lada sulah, kemudian lenyekkan sehingga lunyai

Selepas dilunyaikan

4. Anna masukkan 2 sudu bahan RAHSIA iaitu....jeng...jeng...jeng....jeng....

TADA.......

 
Meal Shakes dari shaklee

5. Gaulkan semua sehingga sebati.
6. Letakkan ke tepi, sambung plak masak bahan (B)

Bahan B

1. Panaskan Minyak
2. Masukkan bawang merah & putih. Goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh. Anna suka pedas skit, so anna masukkan dalam 2 sudu. Tumis sehingga cili masak. Masukkan sedikit gula.

Mintak maaf pada kuali saya yang cantik itu yek

4. Masukkan daging cingcang, gaulkan dengan perencah-perencah tersebut sehingga sebati.

5. Bila daging sudah separuh masak, masukkan pula puree tomota sukaan anda. 
6. Masukkan sekali oregano, daun parsely, carrot & cendawan. (Boleh tukar dengan sayur yang anda suka)

7. Masukkan garam & lada sulah/lada hitam. Gaul sehingga sebati.

8. Akhir sekali Aja masukkan cheesedale sekeping. Siap!! Yummmiee...

Pic utk bahan B dah siap masak Aja lupa nk snap. Anak sebok nk hp. Nak main game :(

Bahan A + Bahan B

1. Masukkan sedikit bahan A dalam acuan kegemeran anda.



2. Kemudian masukkan bahan B



3. Masukkan semula bahan A


4. Taburkan cheese parut anda mengikut citarasa anda


5. Masukkan kedalam oven, bakar dengan suhu 180c selama 25-30 minit. Siap, sudah boleh d ngap! nyum...nyum...nyum


Boleh le dimakan, but make sure baca doa makan dulu yek uolls. Tiup supaya tak melucuq lidah anda semua. Selamat mencuba.

Siapa sangka products shaklee juga boleh dimasukkan kedalam masakkan anda. Dulu Aja ada buat ais-krim cokelat oreo + meal shakes. Memang terrrbaik!!! Nanti Aja masukkan juga resepi nak buat ais-krim ok.

Assalamualaikum...Selamat malam. Sweet dreams, jangan sampai mimpikan shepherd pie yek :)

#SentiasaSelamat
#SentiasaBerkesan
#SentiasaSemulaJadi


-Shazana Binti Rosli-





Saturday, 4 October 2014

Congo Bars - Di pagi Raya Aidiladha

Assallamualaikum....

Salam Aidiladha semua, & selamat pagi! Semalam sempat le Aja dgn adik wat 'congo bars' yg sekarang menjadi kegilaan ramai. Bahan-bahan adalah senang utk dicari & sgt2 mudah utk dibuat.

Resepi nyer Aja ikut dari blog adik manis nie http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2014/04/resepi-congo-bars-step-by-step.html?m=1 (thanks ye dik)

So pada yang sesiapa yang ingin mencuba resepi congo bars, boleh le jenguk2 blog adik manis tersebut. So meh le kita tgk pe resepi nyer & langkah2 nyer...

RESEPI CONGO BARS
 
Bahan-Bahan 


  • 150 gm butter
  • 315 tepung gandum - diayak
  • 1/2 garam - diayak
  • 2 1/2 baking powder - diayak
  • 320 gula perang (Anna kurangkn skit gula perang)
  • 3 bijik teluq
  • 1sudu kecik esen vanila 
  • 250 gm chocolate chips
  • 250 gm badam cincang (anna x guna)
  • 250 gm walnut
  • 50 gm kepingan badam (anna x guna)
*Tepung gandum + garam + baking powder diayak bersama-sama

Langkah-Langkah 
  • Pukul butter dengan teluq. Pukul smpai butter & gula perang larut.

  • Masukkan teluq satu persatu, putaq adunan sehingga sebati.
  • Masukkan esen vanilla, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis tepung tersebut. Kacau sehingga adunan sebati.
  • Masukkan walnut & chocolate chip ke dalam adunan, kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang utk dibakar
  • Taburkan chocolate chip di atas adunan mengikut citarasa masing-masing
  • Semasa anda sedang menyiapkan adunan, panaskan dahulu oven anda supaya oven anda panas. Bakar adunan anda selama 30minit dgn suhu 170 darjah celcius.
  • Tada....siap. Tunggu sejuk dengan kita ngap! nyum...nyum...nyum
Selamat mencuba & salam adiladha dari Aja :)