Slider

Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum & Selamat Petang,

Alhamdulillah masih diberi lagi peluang untuk bernafas diatas bumi mu Ya Allah. Syukur alhamdulillah masih bersama-sama dengan Muhammad Adam Iman, Keluarga & juga sahabat-sahabat yang disayangi.

Lepas asar jangan lupa yek sahabat-sahabat baca Doa Akhir Tahun. Lepas Maghrib pulak membaca Doa Awal Tahun. Ikut tahun islam umur Aja tahun nie 32thn. Cuma beza setahun jerk...Opis mate Aja kater untung kalau org lahir hujung tahun. Sebab dia pulak sekarang umur 29thn kalau ikut kalendar islam pulak umur dia 31thn, beza 2thn kat situ.Hehehehe, tak kisah la kan beza berapa pun, janji sihat & bahagia disamping orang yang tersayang :)

Kat sini Aja share kan Doa Awal Tahun & Akhir Tahun untuk sahabat-sahabat semua.


Carian dari google

Doa-doakan yang terbaik buat semua, In Shaa Allah. Saya juga ingin mohon maaf pada sahabat-sahabat jika saya ada terguris hati dan perasaan anda. 

Tengah hari tadi lunch pe yek semua?

Aja? Nie menu lunch saya untuk hari ini.....


ESP + Milk Shakes  dengan roti ikan bilis

Misi ku kuza...eh silap...misi saya utk capai berat 60kg!! I can do it. Aja juga telah menyahut cabaran Kak Siti Rahayu Mohamad utk turun berat dalam masa 2 minggu :) In Shaa Allah, jika diberi izin Allah, Aja akan dapat turun dalam masa 2 minggu...Doa kan saya yek...Korang nak join sekali tak?
  

-Shazana Binti Rosli-

Thursday 23 October 2014

Monday 20 October 2014

SAYA SUDAH JATUH CINTA!!!

Assalamualaikum & Selamat Tengah hari...




Ya, Aja mengaku, Aja sudah jatuh cinta.Jatuh cinta dengan siapa? hehehehehehe.........
Jeng...jeng...jeng...jeng..............................................................................


ESP & Meal Shakes 

Hehehehe...Kenalkan ini la dia kekasih hati Aja. ESP & Meal Shakes. Meal Shakes juga menjadi kekasih hati buat anak bujang Aja, Iman. Kalau Aja buat susu untuk dia musti kena bubuh 1 sudu kecil Meal Shakes dalam susu. Kalau tidak, Iman akan cakap tak sedap.

Banyak khasiat didalam ESP & Meal Shakes nie taw....Aja akan ceritakan serba sedikit tentang bopren-bopren Aja nie okey :)

Tapi sekarang Aja nak cerita tentang khasiat Meal Shakes. 



Sebab Aja dulu sangat-sangat risau dengan tumbesaran & kesihatan Iman. Dengan ada nyer Meal Shakes, Aja tidak risau lagi. Alhamdulillah Aja nampak perubahan pada diri Iman. 

Aja pun suka masukkan Meal Shakes dalam masakan Aja, Try & Error, tak salahkan kita mencuba. Hasil nyer sedap jerk bila makan :) Meal Shakes bukan sekadar untuk kanak-kanak sahaja! Malah orang dewasa, ibu mengandung, ibu menyusu, utk diet, ahli sukan, ahli muzik, warga emas juga boleh mengambil Meal Shakes. Maksud nyer seisi keluarga kita boleh amek meal shakes nie, Aja x bohong! Sedap sungguh dengan bau yang sangat-sangat2 wangi...

Next entry Aja akan citer kan Khasiat Meal Shakes dan juga perubahan terhadap diri iman okey :)

Assalamualaikum

-Shazana Binti Rosli-





Sunday 19 October 2014

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum & Morning,




Tiada apa-apa kata yang dapat diluahkan, hanya ALHAMDULILLAH....Semoga hari anda pagi ini ceria bak sinar matahari & sentiasa berada didalam lindungan Allah...Aamiin


-Shazana Binti Rosli-

Resepi - Shepherd Pie

Assalamualaikum & Selamat Malam Semua

Diakui janji pada diri ingin update blog setiap hari...akn tetapi bersawang jua. Walapun belum ada pembaca tetap, in shaa allah 1 ari nanti blog Aja nie tetap akan menjadi pujaan hati orang ramai...In shaa Allah, Aamin..

Petang tadi, Aja ada main masak-masak. Aja masak 'Shepherd Pie'. Agak dah lama tak buat shepherd pie, dalam kul 12 anna dah selesaikan masak tengah hari, Ayam Sambal, Kailan goreng ikan masin & sup ayam. Dah selesai buat semua kerja rumah, selesai solat zuhur, anna mulakan misi shepherd pie...yummie.....

Resepi Aja google kat tenet, tengok blog A, resepi nyer camni, bila tengok blog B, resepi dia plak camtu. Tapi bahan utama sama jerk. So Aja main campak-campak jerk. Ikut nawaitu diri sendiri

BAHAN-BAHAN

*Untuk 9 org mkn

A)
Kentang - 9 biji (Aja nyer kentang besar)
Susu Dutch Lady (full cream) - 1 cawan
Buttercup - 4 sudu besar
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Bahan RAHSIA

B)
Daging cincang - 4 keping (Ramly)
6 Bawang merah - Dipotong dadu
4 Bawang putih - Dipotong dadu
Oregano
Daun parsley
Cili Boh - Ikut tahap kepedasan masing
1 Carrot - Dipotong dadu
1 tin cendawan butang - Dipotong dadu (ayam brand)
1/2 botol tomato puree - Brand Prego (Aja amek perisa mushroom)
Minyak masak
Sediki garam
Sedikit gula
Sedikit Lada sulah/lada hitam
1 keping cheesedale (anchor)

Bahan Penyebabkan lagi - Cheese parut

LANGKAH-LANGKAH

Bahan A

1. Rebus kentang-kentang dahulu


Sebelum direbus

2. Bila kentang dah empuk/lembut, toskan ke dalam bekas. 
3. Masukkan garam, buttercup, susu & lada sulah, kemudian lenyekkan sehingga lunyai

Selepas dilunyaikan

4. Anna masukkan 2 sudu bahan RAHSIA iaitu....jeng...jeng...jeng....jeng....

TADA.......

 
Meal Shakes dari shaklee

5. Gaulkan semua sehingga sebati.
6. Letakkan ke tepi, sambung plak masak bahan (B)

Bahan B

1. Panaskan Minyak
2. Masukkan bawang merah & putih. Goreng sehingga naik bau.
3. Masukkan cili boh. Anna suka pedas skit, so anna masukkan dalam 2 sudu. Tumis sehingga cili masak. Masukkan sedikit gula.

Mintak maaf pada kuali saya yang cantik itu yek

4. Masukkan daging cingcang, gaulkan dengan perencah-perencah tersebut sehingga sebati.

5. Bila daging sudah separuh masak, masukkan pula puree tomota sukaan anda. 
6. Masukkan sekali oregano, daun parsely, carrot & cendawan. (Boleh tukar dengan sayur yang anda suka)

7. Masukkan garam & lada sulah/lada hitam. Gaul sehingga sebati.

8. Akhir sekali Aja masukkan cheesedale sekeping. Siap!! Yummmiee...

Pic utk bahan B dah siap masak Aja lupa nk snap. Anak sebok nk hp. Nak main game :(

Bahan A + Bahan B

1. Masukkan sedikit bahan A dalam acuan kegemeran anda.



2. Kemudian masukkan bahan B



3. Masukkan semula bahan A


4. Taburkan cheese parut anda mengikut citarasa anda


5. Masukkan kedalam oven, bakar dengan suhu 180c selama 25-30 minit. Siap, sudah boleh d ngap! nyum...nyum...nyum


Boleh le dimakan, but make sure baca doa makan dulu yek uolls. Tiup supaya tak melucuq lidah anda semua. Selamat mencuba.

Siapa sangka products shaklee juga boleh dimasukkan kedalam masakkan anda. Dulu Aja ada buat ais-krim cokelat oreo + meal shakes. Memang terrrbaik!!! Nanti Aja masukkan juga resepi nak buat ais-krim ok.

Assalamualaikum...Selamat malam. Sweet dreams, jangan sampai mimpikan shepherd pie yek :)

#SentiasaSelamat
#SentiasaBerkesan
#SentiasaSemulaJadi


-Shazana Binti Rosli-





Saturday 4 October 2014

Congo Bars - Di pagi Raya Aidiladha

Assallamualaikum....

Salam Aidiladha semua, & selamat pagi! Semalam sempat le Aja dgn adik wat 'congo bars' yg sekarang menjadi kegilaan ramai. Bahan-bahan adalah senang utk dicari & sgt2 mudah utk dibuat.

Resepi nyer Aja ikut dari blog adik manis nie http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2014/04/resepi-congo-bars-step-by-step.html?m=1 (thanks ye dik)

So pada yang sesiapa yang ingin mencuba resepi congo bars, boleh le jenguk2 blog adik manis tersebut. So meh le kita tgk pe resepi nyer & langkah2 nyer...

RESEPI CONGO BARS
 
Bahan-Bahan 


  • 150 gm butter
  • 315 tepung gandum - diayak
  • 1/2 garam - diayak
  • 2 1/2 baking powder - diayak
  • 320 gula perang (Anna kurangkn skit gula perang)
  • 3 bijik teluq
  • 1sudu kecik esen vanila 
  • 250 gm chocolate chips
  • 250 gm badam cincang (anna x guna)
  • 250 gm walnut
  • 50 gm kepingan badam (anna x guna)
*Tepung gandum + garam + baking powder diayak bersama-sama

Langkah-Langkah 
  • Pukul butter dengan teluq. Pukul smpai butter & gula perang larut.

  • Masukkan teluq satu persatu, putaq adunan sehingga sebati.
  • Masukkan esen vanilla, kacau sehingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis tepung tersebut. Kacau sehingga adunan sebati.
  • Masukkan walnut & chocolate chip ke dalam adunan, kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang utk dibakar
  • Taburkan chocolate chip di atas adunan mengikut citarasa masing-masing
  • Semasa anda sedang menyiapkan adunan, panaskan dahulu oven anda supaya oven anda panas. Bakar adunan anda selama 30minit dgn suhu 170 darjah celcius.
  • Tada....siap. Tunggu sejuk dengan kita ngap! nyum...nyum...nyum
Selamat mencuba & salam adiladha dari Aja :)

Wednesday 1 October 2014

SID - Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum & selamat tengah hari....

Ye sekarang nie saya secara sah nyer menjadi Shaklee Independent Distributor (SID) dan juga pengguna tetap product dari shaklee. Sebelum menjadi SID yang saya hanya menggunakan product shaklee, tidak terlintas langsung untuk menjadi SID. Saya mengambil set  supplement untuk kurus with my old school friend "milla".

Kemudian, saya stop amek shaklee sbb konon2 dah dapat berat yg ideal. Alhamdulillah, allah buka pintu hati saya untuk menjadi ahli shaklee dgn dorongan sepupu saya sendiri 'siti rahayu mohamad'. Saya tidak fikir panjang, disebabkan saya sendiri yakin dengan product2 shaklee, sebab saya sendiri menggunakannya & tahu akan kesan2 nyer jika kita konsisten dengan cara pengambilan.

Sekarang bukan sahaja saya yang mengambil supplement dari shaklee, keluarga saya juga turut mengambilnya termasuk simanja kesayangan saya. Siapa yang mahu lihat ahli keluarga nyer tidak sihat. Jika sihat/cantik diluar, tapi didalam tak sihat? 

Gambar ihsan dari google

Anda risau dengan harga? Bagi saya nilai kesihatan sesorang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Tidak salah kita berbelanja lebih untuk kesihatan diri kita & keluarga kita. In Shaa Allah product shaklee dapat membantu. Kita berusaha untuk mencari penyelesaian nyer, tapi semua nyer dah tertulis, so kita kena terima qada & qadar. 

Bagi saya harga untuk setiap supplement adalah amat berbaloi, ini kerana :-

Klik pada pic utk view besar. Gambar ihsan dari google

Jika anda juga ingin nampak cantik, langsing, bertenaga dalam & luar, apa tunggu lagi hubungi saya:-

Shazana Binti Rosli
014-9279481
ID : 1160414
fb : Beauty Inside & Outside - Shaklee Products